Pengalaman Temuduga Kerajaan

Alhamdulillah..mendapat panggilan temuduga kerajaan merupakan keinginan buat semua pada masa sekrang..dek kerana kelebihan jika berkerja dlm sektor awam..Disini sis nak share pengalaman persediaan menghadapi iv dan beberapa soalan yg diajukan kepada sis yg sis ingat la yer..😁

Persediaan sebelum menghadapi temuduga
1.Solat wajib jgn tinggal dan buat tambahan solat sunat seperti dhuha dan hajat
2.Mencari isu2 semasa dan jawatan menteri raja dan jawatan yg ada dalam sektor kita mohon
3.Membaca pengalaman2 temuduga org lain
4. Membaca isu berkaitan dgn jwatan dimohon
5. Jgn berhenti kerja yg kita sedang kerja tu

Antara soalan
1. Cerita sedikit latar belakang..Disini sis cerita sikit tntg keluarga, kelulusan, pengalaman kerja sebelum.
2. Hobi..sis bercerita tentang hobi sis yg suka memasak dan sis suka buat kek masa itu.. Kemudian sis relate kan hobi itu sebagai kerja sampingan iaitu dgn menjual kek.
3. Soalan berkaitan kerja..Contoh kalau mohon kerja kerani akan tanya berkaitan pentadbiran, kalau pembantu makmal akn tanya berkaitan sains..dan sebagainya
4.Dan beberapa soalan..alamak tak ingat dah..

Tips juga: 
1. Kalau boleh jangan menipu
2. Susun file dengan kemas ( bermula dgn spm hingga ke peringkat seterusnya)
3. Kalau diminta sediakan salinan ic n sijil2..pastikan disediakan.
4.Pakaian kemas dan jangan terlampau menonjol.

Sis doakan semua yang membaca ni akan dipermudahkan urusan untuk temuduga nanti dan berjaya..Insyaallah..

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Kerja Farmasi

Pengalaman Menjadi cashier

Pengalaman sebagai Pembantu Penyelidik